AMAR BIN THABIT SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH
Kisah Sahabat Nabi - Peristiwa Perang Uhud |
Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah SAW. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam.
Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.